Sunday, January 16, 2022

Pembinaan Dewan Terbuka sudah bermula...Moga segala urusan dipermudahkan...Aamiin

Pembinaan bermula sebelum buka sekolah fasa 3 2021...16 Jan 2022 (Ahad)




Progress pembinaan sehingga 24 Jan 2022...





 

Wednesday, January 12, 2022

Taklimat Ujian Kendiri Covid-19 fasa 3 (12jan22)

12 Jan 2022 (Rabu), Taklimat mengenai ujian kendiri Covid-19 melalui air liur telah diberikan kepada beberapa murid yang dipilih secara rawak mengikut 10% kehadiran penuh hari ini.

Seramai 19 murid telah dibekalkan kit ujian kendiri tersebut yang akan dilakukan oleh mereka di rumah dengan bantuan ibu bapa masing-masing. Fasa 1 dan 2 sebelum ini, dijalankan di sekolah bermula jam 8.30 pagi. Memandangkan arahan Menteri Pendidikan, bahawa ujian saringan ini perlu dilaksanakan di rumah masing-masing, maka unit HEM telah memberi penerangan dan cara menggunakan kid test covid dan keputusan akan diberikan semula keesokkan harinya oleh murid yang negatif.








Program minum susu untuk murid RMT bermula 10 Jan 2022

Bermula sesi persekolahan fasa 3 2021/ 2022...Minggu 43 bermula 10 Jan 2022 (Isnin) program susu sekolah untuk murid RMT dijalankan seawal pagi...sebelum jam 7.30 pagi.



Friday, December 10, 2021

Welcome GPK KOKU yang baharu...Pn Fatimah binti Musim

 
Selamat datang kepada Puan Fatimah binti Musim...Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu menggantikan Pn Zalina binti Jabar yang dinaikkan pangkat ke GPK HEM di SK Krubong Melaka.

Terima kasih Pn Zalina Jabar atas khidmat di SKMP...Moga terus success di tempat baharu

JASAMU DIKENANG...
Terima kasih Pn Zalina binti Jabar atas khidmat yang hebat menaikkan kokurikulum SKMP sepanjang berkhidmat di sini...Moga terus success sebagai GPK HEM di SK Krubong pulak ye...



Hingga bersua kembali...

Nie majlis akhir tahun 2021 di The Ames Hotel Melaka pada 7dec2021

Thursday, December 02, 2021

Taklimat kepada murid Tahun 6 kumpulan B -Kemasukan Kelas KAA dan SABK 2022

2 Dis 2021 (Khamis) Taklimat kepada murid Tahun 6 kumpulan B berkaitan Kemasukan Kelas KAA dan SABK sekolah aliran Agama tahun 2022.

Taklimat disampaikan oleh En Omar bin Mohd Yasim (GPK Pentadbiran) SK Melaka Pindah.

Wednesday, December 01, 2021

Ujian saringan Covid kumpulan A untuk Tahap 1 dan kumpulan B Tahap 2

Penerangan ringkas oleh Pn Rosleen selaku GPK HEM kepada murid yang dipilih secara rawak (10% daripada jumpah murid yang hadir). Seramai 13 orang murid dipilih mewakili setiap kelas. Dan kesemuanya Negative...AlhamdulilLah

1 Dis 2021 (Rabu) dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi