Tuesday, December 22, 2020

Majlis Akhir Tahun Guru & Staf SKMP 2020

 Jamuan akhir tahun guru dan staf SKMP tahun 2020 pada 17 Disember 2020 di Hotel Ames MITC Melaka.

Tahniah pada para guru di atas pengiktirafan dan kejayaan kalian sepanjang tahun 2020.

Semoga bersua lagi untuk sesi persekolahan 2021.

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 2020

 15 Dis 2020 (Selasa) bertempat di Dewan Utama SK Melaka Pindah.

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6 sesi 2020.

Selamat Maju Jaya untuk sesi persekolahan peringkat menengah pulak ye...Jumpa lagi

Gotong-royong porgram HIP siri 2 2020

 9 Dis 2020, Panitia Bahasa Inggeris telah menyiapkan satu (1) lagi projek HIP di bangunan Blok D.

Tahniah diucapkan...

Lockdown PKPB fasa 2 bermula 9 Nov - 18 Dis 2020

 Sekolah terpaksa tutup buat kali kedua untuk Tahun 2020 disebabkan Pandemik Covid-19...

Allahu...moga urusan pendidikan dan kehidupan kita Rakyat Malaysia khasnya dipermudahkan Allah...Aamiin

Monday, November 02, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-40 PKPP 26-30 Okt 2020


Guru bertugas minggu ke-40 (26-30 Okt 2020)
1. En Mohd Fahmy bin Harun
2. En Khafizi bin Leman
3. Pn Noor Syazlin binti Ismail

 

Sunday, November 01, 2020

Saguhati Pertandingan AADK semasa PKPP - Tahniah adik Khazarif (3 Inovatif)

 TAHNIAH diucapkan kepada Muhammad Khazarif Irfan di atas kejayaan dalam pertandingan sempena Anti Dadah Kebangsaan...Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah




Monday, October 19, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-40 PKPP (19-23 Okt 2020)

 

Berikut adalah guru bertugas minggu ke-40 (19-23 Okt 2020);

1. En Nasrun Na'im Bin Md Salim
2. Pn Asmah Binti Md Jani
3. Pn Juwairiah Binti Berahim

Minggu ini kegiatan kokurikulum adalah Persatuan dan Kelab mengikut SOP penjarakkan fizikal. Kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Isnin 1.35-2.35pm (1 jam) dan Selasa 1.05-2.05pm (1 jam)...

Program Sekolah Lestari (e-Waste) mengumpul barangan elektronik/elektrik yang rosak berakhir hari ini (19 Okt 2020) dan pihak JAS akan mengambil barangan tersebut...

Sempena bulan Rabi'ul Awwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, panitia Pendidikan Islam akan mengadakan aktiviti berselawat dalam kelas pada waktu pagi sebelum PdPc bermula...

Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada 21 Okt 2020 (Rabu), tempat Bilik Mesyuarat SKMP...


Alhamdulillah...selesai Program TAKMIL dan LITERASI al-Quran Tahun 6 oleh Panitia Pend. Islam

 

Seramai 12 murid terlibat dalam Program Takmil al-Quran untuk tahun 2020 ini...Alhamdulillah selesai sudah Program Takmil al-Quran yang dijalankan pada 15 Okt 2020 (Khamis) manakala Program Literasi al-Quran dijalankan pada 16 Okt 2020.

Bersama GPK Pentadbiran, Cikgu Rosshahdan Bin Mohamed



Menunaikan Solat Sunat Dhuha dahulu sebelum program Takmil bermula...Alhamdulillah

YB Ginie sumbang refill sanitizer...

 


15 Okt 2020 (Khamis) pihak sekolah menerima sumbangan refill sanitizer dan face mask dari YB Ginie dan barisan jawatankuasanya... Terima kasih kami ucapkan...

Saturday, October 10, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-39 PKPP (12-16 Oktober 2020)

 


Berikut adalah guru bertugas minggu ke-39 (12-16 Okt 2020);

1. En Mohd Zairy bin Zainordin
2. Pn Nurul Qaaisara binti Nasir
3. Pn Sarinah binti Mohamed

Minggu ini kegiatan kokurikulum adalah Unit Beruniform mengikut SOP penjarakkan fizikal. Kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Isnin 1.35-2.35pm (1 jam) dan Selasa 1.05-2.05pm (1 jam).

Unit Pengakap akan mengendalikan program pada minggu ini iaitu Pengenalan Gadjet Perkhemahan (Isnin) dan Pertandingan membina Mini Gadjet Perkhemahan (Selasa).

Program Takmil al-Quran dan Literasi al-Quran juga akan diadakan pada hari Khamis dan Jumaat.


SK Melaka Pindah menyertai Program Sekolah Lestari 2020


Bermula 5 Oktober 2020, pengumpulan barang-barang elektronik akan dijalankan kepada seluruh warga SK Melaka Pindah.

Sebarang peralatan elektrik dan elektronik yang telah rosak dan tidak boleh digunapakai lagi...boleh maklumkan dan serahkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan mengambil barang2 yang besar ke rumah tuan puan yanng tiada kenderaan untuk menghantar ke sekolah.

BERSAMA KITA MENJAGA BUMI HIJAU DENGAN SEBAIKNYA...

 

Operasi baik pulih pendawaian Makmal ICT bermula

 8 Oktober 2020 (Khamis)

Operasi penyelenggaraan pendawaian Makmal ICT bermula hari ini. Ini bermakna operasi penggunaan Makmal ICt untuk tujuan PdPc ditangguhkan selama dua (2) minggu kerana memberi laluan kepada baik pulih tersebut.

Kegiatan Kokurikulum pertama PKPP Norma Baharu 5&6 Okt 2020 (Persatuan/Kelab)

 5 & 6 Oktober 2020 (Isnin dan Selasa)

Unit kokurikulum SKMP telah melaksanakan kegiatan kokurikulum buat julung kalinya selepas persekolahan norma baharu PKPP.

Minggu ini adalah Persatuan dan Kelab yang mana dijalankan pada hari Isnin bermula 1.35-2.35 ptg...dan hari Selasa bermula 1.05-2.05 ptg.

Terdapat tujuh (7) persatuan/kelab iaitu

1. Persatuan Bahasa Melayu

2. Persatuan Bahasa Inggeris

3. Persatuan Matematik dan Sains

4. Persatuan Agama Islam

5. Kelab Rukunegara

6. Kelab Doktor Muda

7. Kelab Pusat Sumber Sekolah

Monday, October 05, 2020

Guru bertugas minggu ke-38 PKPP (5-9 Okt 2020)

 


Berikut adalah guru bertugas minggu ke-38 (5-9 Okt 2020);

1. En Abdul Hairlir Bin Mat
2. Pn Hikmatul Mabruk Binti Hashim
3. Pn Siti Hajar Binti Nor Azizi

Minggu ini kegiatan kokurikulum bermula kembali mengikut SOP penjarakkan fizikal. Kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Isnin 1.35-2.35pm (1 jam) dan Selasa 1.05-2.05pm (1 jam).

Minggu ini aktiviti Persatuan dan Kelab.

LADAP : Job Description (JD) HRMIS

 

LADAP : Job description (JD) Hrmis kepada guru-guru SKMP telah dijalankan pada 1 Okt 2020 (Khamis) bertempat di Makmal ICT. Pengisian data ini hendaklah disiapkan sebelum 8 Okt 2020 seluruh Malaysia.

Ustaz Helmirizal sebagai pembentang dan pemudahcara dalam pengisian JD Hrmis ini.








Hari Menandatangani Rekod Pelaporan dan PBD tahun 2020

 29 Sept 2020 (Selasa), pihak sekolah telah mengadakan Hari Menandatangani Rekod Pelaporan Peperiksaan dan PBD untuk sesi 2020.

Ahamdulillah...kehadiran ibu bapa / penjaga amat menggalakkan...Melebihi 85% rasanya kehadiran pada kali ini...TAHNIAH kepada murid yang cemerlang...

Program Mewarna Keamanan Pengakap Sedunia 2020

25 Sept 2020 (Jumaat), Unit Pengakap SKMP juga tidak melepaskan peluang menyertai Program Mewarna sempena Keamanan Pengakap Sedunia 2020. Aktiviti ini adalah peringkat Kebangsaan...




Seramai 15 orang peserta Pengakap SKMP menyertai program tersebut...Tahniah diucapkan di atas pengiktirafan peringkat Kebangsaan

 

Sunday, September 20, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-36 Fasa 6 PKPP (21-25 Sept 2020)

Guru bertugas Minggu ke-36 PKPP (21-25 Sept 2020)

1. En Helmirizal Bin Che Long
2. Pn Fadilah Binti Mohd Tohar
3. Cik Nurul Aini Binti Rosdi

 

Aktiviti Panitia Sejarah sempena Bulan Kemerdekaan ke-63

 


Hasil karya anak-anak SKMP sepanjang Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-63

Antara murid yang telah menjawab Kuiz Kemerdekaan SKMP 2020

Mengemaskini PC, printer dan LCD lama untuk dilupuskan

 

Nie Pc yang ada dalam bilik stor makmal ICT...berkurun lama disimpan kerana x boleh nak hapuskira...

Hampir 25 Pc dikeluarkan dari bilik stor makmal ICT...sebanyak 22 Pc akan dilupuskan, 2 printer dan 2 LCD...dan akan digantikan dengan peralatan baharu...Alhamdulillah...moga menjadi kenyataan...Aamiin

Guru Bertugas Minggu ke-35 Fasa 6 PKPP (14-18 Sept 2020)

Guru bertugas minggu ke-35 (14-18 Sept 2020)

1. En Abdul Latif bin Wappu
2. En Hamzah Bin Habibudin
3. Pn Nooramiza Binti Zainol Abidin

 

Monday, September 07, 2020

Guru Bertugas Minggu Ke-34 Fasa 6 PKPP (7-11 Sept 2020)

 

Guru Bertugas Minggu Ke-34 (7-11 Sept 2020)

1. En Mohd Fahmy Bin Harun
2. En Khafizi Bin Leman
3. Pn Noor Syazlin Binti Ismail

Pada minggu ini, In syaa Allah, aktiviti PJK boleh dilaksanakan di luar bilik darjah. Walau bagaimanapun aktiviti PJ akan dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Murid dibenarkan memakai pakaian t-shirt PJK pada waktu PJ...Harap maklum dan terima kasih.

Tuesday, September 01, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-33 PKPP (1-4 Sept 2020)

 

Guru bertugas minggu ke-33 (1-4 Sept 2020)

1. En Mohd Nasrun Na'im Bin Md Salim
2. Pn Asmah Binti Md Jani
3. Pn Juwairiah Binti Berahim

Minggu ini hanya empat (4) hari sahaja persekolahan bermula Selasa hingga Jumaat. Hari Isnin cuti sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-63

Minggu ini juga adalah minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk murid Tahap 2. Murid Tahap 1 hanya akan diadakan pentaksiran.

Semoga berjaya buat anak-anak SKMP...

Lakaran Kemerdekaan Malaysia ke-63

Melakar kata-kata semangat dan ucapan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63
daripada team Panitia Sejarah


 

Pertandingan mewarna dan melukis poster sempena Bulan Kemerdekaan ke-63

Aktiviti dijalankan semasa waktu PdPc Pendidikan Seni mengikut kelas pada minggu ke-32