Sunday, March 24, 2019

Festival Nasyid Peringkat Sekolah 2019

22 Mac 2019 bersamaan 15 Rejab 1440h telah diadakan Festival Nasyid Peringkat Sekolah 2019 iaitu hari Jumaat bertempat di Dewan Utama SKMP...

Antara tujuan festival ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam murid SKMP disamping mencari pelapis untuk mewakili sekolah di peringkat Daerah pada tahun akan datang...

TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan yang berjaya...




Ujian SEGAK siri 1 2019

Ujian SEGAK ini dijalankan dalam bulan Mac 2019 untuk pengisian data PAJSK siri 1 2019



Penyerahan Surat Pelantikan AJK PIBG sesi 2019-2021

Penyerahan Surat Pelantikan untuk Jawatankuasa dan Kepimpinan PIBG sesi 2019-2021 telah dilaksanakan pada 21 Mac 2019 semasa sesi Mesyuarat AJK PIBG bil : 1/2019 bertempat di Makmal Komputer SKMP.

TAHNIAH diucapkan kepada kepimpinan baharu...Semoga SKMP akan lebih maju dan mantap di bawah seliaan JK PIBG sesi ini...In syaa Allah...Aamiin














Friday, March 22, 2019

Adik Akmal Putra dan Adik Afiq Haiqal di persada kejayaan MSSM Melaka 2019

18-20 Mac 2019 adalah Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Melaka yang berlangsung di Sekolah Sukan Negeri Seri Kota (SSN Seri Kota).

SK Melaka Pindah telah bertaruh tiga (3) atlet dan merupakan ayam tambatan SKMP untuk mewakili Alor Gajah ke kejohanan tersebut.

Alhamdulillah...2 daripadanya membawa pulang pingat kejayaan sekali gus mengharumkan nama SKMP khasnya dan Daerah Alor Gajah amnya pada tahun ini.

Adik Akmal Putra telah membawa pulang 2 pingat...1 emas untuk Lompat Tinggi (L12) dan 4x100M (L12), manakala adik Afiq Haiqal telah membawa pulang 2 pingat gangsa untuk 4x100M (L12) dan 4x200M (L12).

TAHNIAH diucapkan...

Mesyuarat AJK PIBG Bil 1/2019

Mesyuarat AJK PIBG pertama untuk sesi 2019 selepas Mesyuarat Agung PIBG ke-48.
Mesyuarat dijalankan pada 21 Mac 2019 jam 2.30 petang dan bertempat di Makmal Komputer SKMP.



Wednesday, March 20, 2019

Sukantara 1 2019

 
Acara lompat jauh


lontar peluru

lompat tinggi

Barisan orang kuat SKMP

Sebelum sukantara dijalankan

Larian pecut

Sukantara 1 2019 dijalankan pada 19 Mac 2019 (selasa) di padang SKMP

Adik Akmal Putra...JOHAN Lompat Tinggi MSSM Melaka 2019

18 Mac 2019 (Isnin) bertempat di SSN Melaka
Adik Akmal Putra bin Abd Rahim...dinobatkan sebagai Johan bagi acara lompat tinggi L12 MSSM Melaka 2019

TAHNIAH diucapkan...untuk adik Akmal Putra dan team olahraga SKMP.

Perkhemahan Uniform Kebangsaan 2019 di Pusat Koku Lanchang

25-27 Feb 2019 bertempat di Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau Melaka
TAHNIAH diucapkan kepada peserta kerana berjaya mendapat tempat johan dan naib johan untuk beberapa acara...











Monday, March 11, 2019

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-48 2019


Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah kali ke-48 2019 telah berjaya dilaksanakan dengan tenang dan tenteram pada 9 Mac 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan SKMP.

Tahniah diucapkan kepada barisan Kepimpinan baharu untuk sesi 2019-2020. Semoga kebajikan dan perancangan aktiviti sepanjang tampok pemerintahan baharu ini berjaya dilaksankan dengan aman dan tersusun seperti yang dirancang...in syaa Allah...Aamiin

Senarai Kepimpinan baharu...akan diupload kemudian ye...

Operasi membuat "line" padang...

Orang-orang kuat SKMP bertungkus lumus membuat "line" padang sebelum sukantara dan Sukan Olahraga bermula awal April nie...




Thursday, March 07, 2019

Mesyuarat Pengurusan Bil 3/2019

Mesyuarat Pengurusan Guru Bil : 3/2019
Masa : 2.15 petang
Tempat : Makmal Komputer

Agenda
1. Amanat Guru Besar
2. Mesyuarat Agong PIBG ke-47
3. PAK 21
4. Unit HEM
5. Unit Koku




Speaker Corner waktu rehat

Murid membaca sifir

Murid menunjukkan bakat mereka di ruangan speaker corner pada waktu rehat. Objektif utama supaya memupuk keberanian dan keyakinan murid untuk tampil ke hadapan tanpa rasa malu dan gementar.

Bijak sifir, deklamasi sajak, sayembara puisi, bercerita, menyanyi...semua boleh diketengahkan oleh murid-murid di speaker corner ini...