Sunday, July 26, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-28 Fasa 6 PKPP (27-29 Julai 2020)

Guru bertugas pada minggu ini (Minggu 28) bermula 27-29 Julai 2020 seperti berikut :

1. En Abdul LAtif Bin Wappu
2. En Hamzah Bin Habibudin
3. Pn Nooramiza Binti Zainol Abidin

Minggu ini hanya tiga (3) hari sahaja persekolahan iaitu hari Isnin hingga Rabu. Hari Khamis adalah cuti peristiwa Aidiladha dan hari Jumaat adalah cuti Hari Raya Aidiladha...

SELAIN KITA BERKORBAN MASA DAN TENAGA, AYUH BERSAMA BERKORBAN MENYUCIKAN JIWA...dengan menyertai aktiviti QURBAN...In syaa Allah...moga sama-sama dalam Keberkatan Ilahi...Aamiin

Ujian Psikometrik Tahun 6

Ujian Psikometrik Tahun 6 dijalankan pada 24 Jualai 2020 (Jumaat) dan telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKMP.





Suasana SOP di sekolah minggu 27 2020


Suasana makan dalam kelas

mensteril meja sebelum pulang ke rumah


SOP sebelum makan...wash our hand

Pembelian makanan untuk Tahap 1...di hadapan Makmal ICT


Jaga jarak anda...

#Kitajagakita

Monday, July 20, 2020

Monday, July 06, 2020

Guru Bertugas Minggu 25 - Fasa 6 PKPP (6-10 Julai 2020)


Guru bertugas minggu 25 (6-10 Julai 2020)

1. En Mohd Zairy bin Zainordin
2. Pn Sarinah binti Mohamed

Pn Nurul Qaaisara masih cuti bersalin...

Taklimat Penataran Norma Baharu kepada ibu bapa


Penataran Norma Baharu disampaikan oleh Puan Guru Besar pada 1 Julai 2020 (Rabu)


Persekolahan bermula dengan murid Pra Sekolah pada 1 Julai 2020 (Rabu)

Murid dan ibu bapa menunggu untuk diambil suhu dan pensterilan sebelum sesi PdPc PKPP bermula

Bacaan suhu diambil...


Murid beratur sebelum dipimpin oleh guru ke kelas

Barisan Pentadbir turun padang...



Penghantaran modul PdPc sepanjang PKP 2020




Penghantaran modul PKP mengikut tahun supaya tidak berlaku percampuran modul dengan kelas²
 yang lain...

Pewujudan modul ini setelha pihak sekolah mendapati ada dikalangan murid yang menghadapi kekangan kemudahan internet dan gajet. Inisiatif ini dilakukan supaya semua murid dari pelbagai lapisan golongan dapat mengikuti pembelajaran walaupun berada di rumah.

Selamat belajar untuk semua anak² SKMP...NAK BERJAYA KENE ADA ILMU...

Norma Baharu Persekolahan musim PKPP

Selepas tamat cuti pertengahan tahun berakhir 8 Jun yang lalu, guru-guru bersama barisan Pentadbir SKMP telah menjalankan beberapa aktiviti gotong-royong untuk membuat tagging setiap kelas dan sekitar kawasan sekolah supaya SOP yang ditetapkan oleh KPM menepati piawaian sekolah...

1 Julai 2020 Murid Pra Sekolah akan memasuki sekolah dahulu selepas 3 bulan persekolahan ditutup.