Thursday, March 24, 2022

Selamat Datang Puan Rosilah Wati binti Ahmad (PK HEM) baharu

Puan Rosilah Wati binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Selamat datang diucapkan kepada Puan Rosilah Wati ke Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang menggantikan Puan Rosleen binti Hanid yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1.

Sebelum ini Puan Rosilah berkhidmat sebagai PK Kokurikulum di SK Cherana Puteh.

 

Wednesday, March 23, 2022

Selamat Maju Jaya di tempat baharu - Puan Rosleen binti Hanid

Jumpa lagi cikgu Rosleen...dan semoga terus berjaya di tempat baharu...Terima kasih atas komitmen yang mantap sepanjang berkhidmat di SK Melaka Pindah...Jasamu dikenang...

Tahniah atas kenaikan sebagai PK Pentadbiran di SK Alor Gajah 1...

 

Monday, March 21, 2022

Selamat Datang Cikgu Nor Azrina binti Mohd Zainol

 
Selamat datang Cikgu Nor Azrina binti Mohd Zainol ke SK Melaka Pindah yang menggantikan kekosongan body Cikgu Hairlir. Cikgu Azrina akan mengajar subjek Bahasa Melayu.

Ahlan wasahlan...Welcome...


Friday, March 18, 2022

Taklimat dan Orientasi Murid Tahun 1 dan Pra sekolah sesi 2022/2023

 
Penyerahan fail transisi kepada guru yang mengajar tahun 1 sesi 2022/2023



Taklimat daripada guru pra sekolah...cikgu Noor Syazlin binti Ismail









Taklimat daripada PK Pentadbiran, En Omar bin Mohd Yasim





Taklimat Program transisi tahun 1 pada 18/3/2022 (Jumaat) di dewan SKMP...

Wednesday, March 16, 2022

Bayaran yuran tambahan sesi persekolahan 2022/2023

 
16/3/2022 (Rabu)...bayaran yuran tambahan untuk sesi persekolahan 2022/2023 bagi murid tahun 2 hingga 6. Bermula jam 8.00-12.00 tengahari...








Panjang jugak beratur tuk beli buku di kedai buku sekolah...