Monday, October 19, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-40 PKPP (19-23 Okt 2020)

 

Berikut adalah guru bertugas minggu ke-40 (19-23 Okt 2020);

1. En Nasrun Na'im Bin Md Salim
2. Pn Asmah Binti Md Jani
3. Pn Juwairiah Binti Berahim

Minggu ini kegiatan kokurikulum adalah Persatuan dan Kelab mengikut SOP penjarakkan fizikal. Kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Isnin 1.35-2.35pm (1 jam) dan Selasa 1.05-2.05pm (1 jam)...

Program Sekolah Lestari (e-Waste) mengumpul barangan elektronik/elektrik yang rosak berakhir hari ini (19 Okt 2020) dan pihak JAS akan mengambil barangan tersebut...

Sempena bulan Rabi'ul Awwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, panitia Pendidikan Islam akan mengadakan aktiviti berselawat dalam kelas pada waktu pagi sebelum PdPc bermula...

Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada 21 Okt 2020 (Rabu), tempat Bilik Mesyuarat SKMP...


Alhamdulillah...selesai Program TAKMIL dan LITERASI al-Quran Tahun 6 oleh Panitia Pend. Islam

 

Seramai 12 murid terlibat dalam Program Takmil al-Quran untuk tahun 2020 ini...Alhamdulillah selesai sudah Program Takmil al-Quran yang dijalankan pada 15 Okt 2020 (Khamis) manakala Program Literasi al-Quran dijalankan pada 16 Okt 2020.

Bersama GPK Pentadbiran, Cikgu Rosshahdan Bin Mohamed



Menunaikan Solat Sunat Dhuha dahulu sebelum program Takmil bermula...Alhamdulillah

YB Ginie sumbang refill sanitizer...

 


15 Okt 2020 (Khamis) pihak sekolah menerima sumbangan refill sanitizer dan face mask dari YB Ginie dan barisan jawatankuasanya... Terima kasih kami ucapkan...

Saturday, October 10, 2020

Guru Bertugas Minggu ke-39 PKPP (12-16 Oktober 2020)

 


Berikut adalah guru bertugas minggu ke-39 (12-16 Okt 2020);

1. En Mohd Zairy bin Zainordin
2. Pn Nurul Qaaisara binti Nasir
3. Pn Sarinah binti Mohamed

Minggu ini kegiatan kokurikulum adalah Unit Beruniform mengikut SOP penjarakkan fizikal. Kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Isnin 1.35-2.35pm (1 jam) dan Selasa 1.05-2.05pm (1 jam).

Unit Pengakap akan mengendalikan program pada minggu ini iaitu Pengenalan Gadjet Perkhemahan (Isnin) dan Pertandingan membina Mini Gadjet Perkhemahan (Selasa).

Program Takmil al-Quran dan Literasi al-Quran juga akan diadakan pada hari Khamis dan Jumaat.


SK Melaka Pindah menyertai Program Sekolah Lestari 2020


Bermula 5 Oktober 2020, pengumpulan barang-barang elektronik akan dijalankan kepada seluruh warga SK Melaka Pindah.

Sebarang peralatan elektrik dan elektronik yang telah rosak dan tidak boleh digunapakai lagi...boleh maklumkan dan serahkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan mengambil barang2 yang besar ke rumah tuan puan yanng tiada kenderaan untuk menghantar ke sekolah.

BERSAMA KITA MENJAGA BUMI HIJAU DENGAN SEBAIKNYA...

 

Operasi baik pulih pendawaian Makmal ICT bermula

 8 Oktober 2020 (Khamis)

Operasi penyelenggaraan pendawaian Makmal ICT bermula hari ini. Ini bermakna operasi penggunaan Makmal ICt untuk tujuan PdPc ditangguhkan selama dua (2) minggu kerana memberi laluan kepada baik pulih tersebut.

Kegiatan Kokurikulum pertama PKPP Norma Baharu 5&6 Okt 2020 (Persatuan/Kelab)

 5 & 6 Oktober 2020 (Isnin dan Selasa)

Unit kokurikulum SKMP telah melaksanakan kegiatan kokurikulum buat julung kalinya selepas persekolahan norma baharu PKPP.

Minggu ini adalah Persatuan dan Kelab yang mana dijalankan pada hari Isnin bermula 1.35-2.35 ptg...dan hari Selasa bermula 1.05-2.05 ptg.

Terdapat tujuh (7) persatuan/kelab iaitu

1. Persatuan Bahasa Melayu

2. Persatuan Bahasa Inggeris

3. Persatuan Matematik dan Sains

4. Persatuan Agama Islam

5. Kelab Rukunegara

6. Kelab Doktor Muda

7. Kelab Pusat Sumber Sekolah

Monday, October 05, 2020

Guru bertugas minggu ke-38 PKPP (5-9 Okt 2020)

 


Berikut adalah guru bertugas minggu ke-38 (5-9 Okt 2020);

1. En Abdul Hairlir Bin Mat
2. Pn Hikmatul Mabruk Binti Hashim
3. Pn Siti Hajar Binti Nor Azizi

Minggu ini kegiatan kokurikulum bermula kembali mengikut SOP penjarakkan fizikal. Kegiatan kokurikulum dijalankan pada hari Isnin 1.35-2.35pm (1 jam) dan Selasa 1.05-2.05pm (1 jam).

Minggu ini aktiviti Persatuan dan Kelab.

LADAP : Job Description (JD) HRMIS

 

LADAP : Job description (JD) Hrmis kepada guru-guru SKMP telah dijalankan pada 1 Okt 2020 (Khamis) bertempat di Makmal ICT. Pengisian data ini hendaklah disiapkan sebelum 8 Okt 2020 seluruh Malaysia.

Ustaz Helmirizal sebagai pembentang dan pemudahcara dalam pengisian JD Hrmis ini.








Hari Menandatangani Rekod Pelaporan dan PBD tahun 2020

 29 Sept 2020 (Selasa), pihak sekolah telah mengadakan Hari Menandatangani Rekod Pelaporan Peperiksaan dan PBD untuk sesi 2020.

Ahamdulillah...kehadiran ibu bapa / penjaga amat menggalakkan...Melebihi 85% rasanya kehadiran pada kali ini...TAHNIAH kepada murid yang cemerlang...

Program Mewarna Keamanan Pengakap Sedunia 2020

25 Sept 2020 (Jumaat), Unit Pengakap SKMP juga tidak melepaskan peluang menyertai Program Mewarna sempena Keamanan Pengakap Sedunia 2020. Aktiviti ini adalah peringkat Kebangsaan...




Seramai 15 orang peserta Pengakap SKMP menyertai program tersebut...Tahniah diucapkan di atas pengiktirafan peringkat Kebangsaan