Saturday, March 28, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)dilanjutkan lagi...COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin dilanjutkan daripada 18-31 Mac 2020 kepada 18 Mac hingga 14 April 2020.
Ini kerana wabak Covid-19 yang menular di Negara Malaysia semakin meningkat dari hari ke sehari. Didoakan semoga wabak tersebut akan berlalu pergi dan kita semua dapat melaksanakan tugas harian dengan baik dan tenteram...In syaa Allah...Aamiin


Wednesday, March 25, 2020

Cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP - COVID-19)


Allahu Rabbi...Negara dan Dunia dilanda wabak yang membawa maut. Kerajaan memerintahkan agar cuti PKP sempena Covid-19 bermula 18 hingga 31 Mac 2020...Dinasihatkan agar warga SKMP sentiasa mengikut perkembangan semasa dan akur dengan saranan kerajaan, KKM agar tidak keluar rumah. Sama-sama membantu enghapuskan corona virus dengan duduk di rumah sahaja...
#STAYATHOME

Selamat Bercuti - Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2020

Selamat bercuti buat semua warga SK Melaka Pindah.
Cuti Pertengahan Penggal Pertama bermula 14 hingga 22 Mac 2020. Manfaatkan cuti anda dengan melakukan aktiviti berfaedah...Jumpa nanti ye...

Penyerahan Sijil Penyertaan dan Sijil Lencana kepada peserta Perkhemahan Pengakap Daerah Alor Gajah

Pengakap Tahun 5 yang menyertai Perkhemahan baru-baru nie (6-8 Mac 2020)
Penyerahan dijalankan pada 13 Mac 2020 (Jumaat) selepas selesai Perasmian Penutup Minggu Bahasa Melayu.

Tahun 4 lelaki

Tahun 4 perempuan

Tahun 6

Kesemua peserta perkhemahan pada tahun ini seramai 16 orang...TAHNIAH diucapkan untuk team Pengakap SKMP 2020


Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu 2020

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu tahun 2020 yang dijalankan pada 13 Mac 2020 (Jumaat) selepas selesai bacaan al-Quran di Dataran Ilmu SKMP.

Perasmian penutup telahdisempurnakan oleh En Rosshahdan Bin Mohamed (GPK Pentadbiran) diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang minggu panitia BM berlangsung... TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang.




















Penetapan Target dan Aku Janji Murid Tahun 6 UPSR 2020

Unit Kecemerlangan Tahun 6 di bawah Unit Kurikulum SKMP telah mengadakan Majlis Aku Janji Murid Tahun 6 (Calon UPSR 2020) dan Penetapan Target Subjek untuk tahun 2020.

Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Mac 2020 (Khamis) pada jam 2.30 petang bertempat di Makmal ICT SKMP 2020.

GPK 1 EnRosshahdan Bin Mohamed






Pengacara Majlis oleh Pn Siti Hajar

Bacaan Doa oleh Ustaz Hamzah

Pn Rosleen GPK HEM



SU Peperiksaan merangkap guru Math tahun 6

Penyelaras Tahun 6 2020

Aku Janji diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah, Muhammad Haris Danish

Aku Janji oleh murid tahun 6 2020



Kegiatan Kokurikulum (Pra Sukan Olahraga) Saringan antara rumah

10 Mac 2020 (Selasa), Unit Sukan dan Kokurikulum telah mengadakan saringan rumah sukan (Pra Sukan Olahraga) yang diadakan pada waktu petang 2.30-4.30 petang di padang SKMP.


Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat SKMP 2020

9 Mac 2020 (Isnin), Unit PPDa di bawah Unit HEM SKMP telah mengadakan pelancaran minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh En Rosshahdan Bin Mohamed (GPK 1) dan diakhiri dengan nyanyian lagu DADAH DURJANA.

Mak oiii...besarnye rokok...hehehe...katakan TIDAK pada ROKOK...yeah






Nyanyian lagu DADAH DURJANA